http://berkahnya-islam.blogspot.com/

Selasa, 04 Desember 2012

asal usul kurma ajwa


Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah
berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Menurut cerita, asal-usul kejadian pokok tamar (kurma) adalah dari mukjizat tanah Allah s.w.t. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi obat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengisi perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesehatan karena memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh. Kini kurma Ajwa juga telah diberi nilai tambah menjadi produk seperti sari madu kurma dan minuman selain ada kurma Ajwa yang disira bersama minyak Habbatus Sauda yang dikatakan berkhasiat untuk kesehatan. Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa. Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma karena sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.” (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud) Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah karena berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai. Kurma Ajwa mempunyai saiz sederhana, kedutan lebih banyak dari kurma lain, kalau dilihat betul2 kedutan pada kurma itu membentuk kalimah Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari) Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia. Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perobatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan. “Allah s.w.t. jadikan buah tamar (kurma) cukup istimewa. Coba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merusakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab saja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni.”
Jadi tidak mengherankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal yaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg. manakala di Malaysia harganya mencapai RM 80.00 – RM 120.00/kg. . Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok saja. Itu pun ada yang menjual buah kurma ajwa yang belum matang untuk mendapat untung dengan mencampurkannya dengan pemanis buatan.

sumber : www.travel-haji-umrah.com

1 komentar:

  1. Nice article it's very helpful information. Thanks for sharing. And I hope you keep sharing such information Buy Ajwa Dates Online

    BalasHapus